Wednesday, September 9, 2009

Topik Artikel (2)...,

Apa itu madu?

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.

Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut. Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap. Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.


Bahan Mineral dan Vitamin Dalam Madu Lebah.

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam Madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:

VITAMIN A

Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B

Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisma.

VITAMIN C

Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D

Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E

Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan mormal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mecegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan

VITAMIN K

Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.


***Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.


Bagaimana Lebah Menghasilkan Madu?

Lebah mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang. Nektar sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut terdiri daripada gula selebihnya air. Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang dilitupi oleh lapisan lilin propolis. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma untuk hidup di dalam sarang lebah. Madu yang terhasil mempunyai rasa yang berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.

Madu terkenal sebagai manisan semula jadi yang kaya dengan sumber kesihatan. Rahsia kebaikan madu dalam penyembuhan secara semulajadi terbongkar oleh saintis perubatan terkemuka dunia. Kehebatan madu sering kali dikaitkan dengan rasanya yang enak dengan aroma yang memikat. Tahukah anda bahawa sebenarnya madu telah digunakan sejak berkurun lamanya, kerana madu ada kuasa penyenbuhan yang hebat. Ia digunakan dalam rawatan terapiutik dan perubatan purba?


Madu Lebah Sebagai Bahan Anti oksidan

Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan yang tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.


sumber referensi : website BAHTERAYUBALAMS


No comments:

Post a Comment